Monday, August 17, 2009
Kakaku,yang sudah bersuami, pergi ke hospital untuk memeriksa dadanya kerana kesakitan.Apabila dia menelefon abangku yang berada di rumah,dia memberitahunya bahawa dia tidak boleh membawa kereta kerana dia pening kepala dan muntah-muntah.Abangku pun bergegas ke hospital untuk mengambilnya.Dia pun menghantar kakaku ke rumahnya sendiri untuk berehat.Beberapa minit kemudian,telefon rumahku berdering.Tiba-tiba lamunannya terhenti dengan kedengaran telefon berdering. Ibuku pun mengangkat telefon itu dan beri salam.Kakakku pun berkata sesuatu kepada ibuku hingga dia mengucap ALHAMDULLILAH.Apabila ibuku meletak telefon itu,aku pun bertanya apa yang telah berlaku dia pun memberitahu aku bahawa kakaku sedang mengandung.Hatiku melonjat kegembiraan kerana aku akan mendapat seorang anak saudara tidak lama lagi.Senyuman mesra terukir di bibir ibuku juga.Aku rasa sungguh gembira seperti harimau kasturi tidak henti-henti menerawang di sini.